Wan Zahidi Wan Teh

Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh ialah seorang ilmuwan Islam di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Mufti Negeri Perak berkuat kuasa 1 Ogos 2022.[1] Beliau merupakan mantan Mufti Wilayah Persekutuan ke-6 bermula 21 Mac 2006 hingga 20 Mac 2014. Beliau menyandang tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dari 2017 hingga 2022.